Ahad, 25 Januari 2015




Engkau yang aku rindu
Engkau bertakhta di hatiku
Limpahan kasih sayangmu selautan rinduku


Ya Tuhanku
Tabahkanlah menghadapi
dugaan-Mu

Rahmatilah...Oh ibu
Seharum semerbak kasturi
Sedingin air di kali
Curahan kasih suci yang kau beri

Allah Yang Esa
Doaku agar engkau bahagia

Engkaulah permata hati
Mendidik mengasuh kami
Bertarung nyawa demi kasih suci

Sungguh murni hati ibu
Menempuh onak berliku
Peritmu tiada siapa yang tahu

Sabtu, 8 November 2014

Jom kongsi... (^_^)

Tahukah kamu maksud peribahasa? Baca dan klik laman web berkaitan.

Peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan seharian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sebahagian daripada bahasa kiasan dalam budayMelayuKeindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan, yang membina minda. 

Klik Kamus Peribahasa Bahasa Melayu untuk rujukan anda.

Rabu, 5 November 2014

Perkongsian nota bersama cikgu (^_^)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, jangan lupa klik link di bawah untuk download nota. Selamat menempuh peperiksaan akhir semester kepada semua pelatih guru IPG seluruh Malaysia. Semoga bermanfaat...


Isnin, 3 November 2014




Hari ini bertarikh 10 Muharram 1436H bersamaan 3 November 2014 Masihi, semua umat Islam disunatkan untuk berpuasa dan hari ini juga merupakan hari permulaan untuk calon SPM menentukan masa hadapan mereka. Selamat berjuang calon SPM 2014 seluruh Malaysia. Majukan diri untuk agama, bangsa dan negara!!!   (^_^)

Jumaat, 17 Oktober 2014

Selamat menyambut perayaan Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu (^_^)




Hari Deepavali (Bahasa HindiदिपावलीBahasa Tamilதீபாவளி) juga dikenali sebagai Diwali dan Divali (Bahasa Hindiदीवाली) merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti diMalaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) Tamil Nadu dan Malaysia, [1] dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.
Menurut lagenda, Raja Narakasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Dewa Krishnan. Sebelum mati, Raja Narakasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.
Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.

#sumberwikipedia