Sudut Latihan


Bahasa Melayu Tahun 3 – Soalan Bentuk Kloz

A: Isikan tempat kosong dengan perkataan 

yang sesuai berdasarkan perkataan yang diberi.


berus / kasut / kubis /  katak / bukit

pasar / cawan / nanas / buluh / katil 


1.      Ibu ke ________ beli ikan.

2.      Adik minum susu dalam _______.

3.      Di tepi  rumah saya ada pokok _______.

4.      Pak Ali tidur di atas  ______.

5.      ______ lompat  di dalam kolam.

6.      Bapa Abu cat rumah guna ______.

7.      Ayah belikan adik _______ baharu.

8.      Emak masak sayur _______.

9.      Rasa ______ itu masam.

10.    Rumah besar itu di atas ______ .



B:Lengkapkan ayat dengan perkataan yang disediakan.


daging / ayam / tepung jagung / Lesung batu 

hidung mancung / Dinding rumah / payung biru

11.   ______ itu sangat berat.

12.  Emak memasukkan __________ke dalam adunan kuih.

13.  Hidangan ________ goreng itu sungguh menyelerakan.

14.  Wanita yang ber ___________ itu tidak jemu dipandang.

15.  _________ Pak Dollah telah dicat baru.

16.  Kakak membeli sekaki ________ di Pasaraya Bintang.


C:  Lengkapkan ayat dengan perkataan yang disediakan.
pisang.

tempang / helang / kandang / ringgit / panjang


17.   Abang suka makan _________ emas.

18.   Roslan sedang membilang wang ________di bilik rehat.

19.   Binatang-binatang itu dibela dalam _____. 

20.   Kaki musang _______terkena paku.

21.   Abang Awang suka bela ________.

22.   Pak Awang ada parang _________.

Kuih Tradisional


      Kuih tradisional kita rasanya sedap. Oleh sebab itu, ia laris dijual. Kuih tradisional selalunya dibeli untuk hidangan sampingan. Contoh-contoh kuih tradisional ialah dodol, wajik, baulu, bingka dan koci. Kuih tradisional begitu sesuai dihidangkan untuk  para tetamu. Kuih dijual dengan harga yang berpatutan. Kuih-muih ini mudah didapati di pasar dan  di gerai.


Jawab soalan di bawah.


1.     Dua jenis kuih tradisional ialah…………… dan ...............
2.     Kuih tradisional disukai ramai kerana .......................
3.     Kuih tradisional sesuai dihidangkan untuk .....................
4.     Rasa kuih tradisional ……………………………………

Nama : ______________ Tarikh : ______Tahun : ________

Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

 1.  Rohaya pergi ke …… (kedai,balai) beli gula.


 2.  Ibu beli nasi lemak di …… (gerai,surau).


 3.  Buah rambai itu habis dimakan ……… (tupai, harimau).


 4.   Nenek suka makan ulam…… (petai,serai). 

 5.   ……… (kerbau,keldai) itu sedang bajak sawah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan