Jumaat, 17 Oktober 2014

Selamat menyambut perayaan Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu (^_^)




Hari Deepavali (Bahasa Hindi: दिपावली, Bahasa Tamil: தீபாவளி) juga dikenali sebagai Diwali dan Divali (Bahasa Hindi: दीवाली) merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti diMalaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) Tamil Nadu dan Malaysia, [1] dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.
Menurut lagenda, Raja Narakasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Dewa Krishnan. Sebelum mati, Raja Narakasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.
Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.

#sumberwikipedia

Jumaat, 5 September 2014

Contoh Pantun 4 Kerat

BAHASA JIWA BANGSA


Ikat jerami muat ke kandar,
Selepas makan mandi di telaga;
    Ucap difahami wasangka terhindar,
    Bahasa kebangsaan penyatu warga.

Batang halban dibawa ke huma,
Hendak dirikan sebuah taman;
    Bahasa kebangsaan milik bersama,
    Kita ungkapkan sepanjang zaman.

Terbang tempua ke semak berduri,
Singgah sekali di pohon rumbia;
   Bahasa kita lambang jati diri,
   Tidak rugi berbahasa Malaysia.

Berbanjar cemara di tanah rata,
Tempat teduhan sekumpulan murai;
   Segar dan mesra bahasa kita,
   Anugerah warisan usah terburai.


Riuh nelayan memunggah pelata,
Beli seraga dibawa pulang;
   Bahasa kebangsaan jiwa kita,
   Jati diri warga gampak cemerlang.

Busut di hutan sarang kelekatu,
Angsana tumbang terkejut tempua;
   Berbahasa kebangsaan saban waktu,
   Makin berkembang ke serata benua.

Dari Benta ke Kota Gelanggi,
Singgah di Jengka membeli toman;
   Bahasa kita martabatnya tinggi,
   Lingua franca zaman-berzaman.

Sepohon celagi lanjut usia,
Tempat istirahat ayam jantan;
   Tidak rugi berbahasa Malaysia,
   Warga erat sejahtera watan.